Last Update : 15 OGOS 2018
PENGENALAN
DELLYSA TRADING telah berdaftar secara sah di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia(SSM) dengan no pendaftaran syarikat 002214715-X. Semua produk kami dijamin 100% original dan berkualiti. Keutamaan kami adalah keaslian, kualiti dan kebersihan produk yang kami jual. Terima kasih kepada semua pelanggan-pelanggan baru dan yang sedia ada yang sentiasa berurusan dengan kami. Kami akan sentiasa memberikan yang terbaik untuk anda. Kepuasan pelanggan adalah keutamaan Dellysa Trading.
RUMPAI LAUT(SEAWEED)
"Makanan dan minuman daripada rumpai laut tidak membahayakan kerana ia mengandungi mineral, asid amino, beta-karotein protein tinggi yang membantu mengekalkan kandungan kolagen di dalam kulit"...Pensyarah Jabatan Akuakultur Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia(UPM), Prof Madya Dr Muta Harah Zakaria.
"Rumpai laut adalah bahan organik, selamat digunakan dan tidak akan ada sebarang masalah jika ianya diambil setiap hari dan dalam jangkamasa yang lama"...Ketua Pengarah Unit Penyelidikan Rumpai Laut Sabah, UMS, Prof Madya Dr Suhaimi Yasir.
"Kecantikan luaran akan lebih terserlah sekiranya dalaman kita sihat. Amalkan pemakanan rumpai laut untuk kesihatan dan kecantikan secara semulajadi"...Admin
DEWAN KOSMIK MAC 2013
1. Rumpai laut
mengandungi vitamin, mineral dan asid amino 10-20 kali ganda lebih
tinggi berbanding dengan tumbuhan yang ditanam di atas tanah
2. Rumpai laut mengandungi kalsium 10 kali ganda lebih tinggi berbanding susu
3. Iodin dalam rumpai laut wujud secara semulajadi dan tidak beracun serta dapat memenuhi keperluan iodin dalam diet. Kehadiran iodin membantu membaiki fungsi kelenjar tiroid
4. Rumpai laut juga membantu mengekalkan berat badan unggul dan memecahkan lemak serta mengeluarkannya daripada sistem badan
5. Sistem imunisasi yang lemah menyebabkan hidung berair dan bersin setiap pagi. Pengambilan rumpai laut membantu menguatkan sistem imunisasi dan mengatasi masalah alergi dan kepenatan
6. Rumpai laut secara semulajadi mengurangkan risiko serangan sakit jantung kerana rumpai laut bersifat antimutagen dan antioksidan. Nutrisi di dalamnya dapat membersihkan plak di dalam arteri
7. Rumpai laut kaya dengan kandungan serat. Serat ini membantu membersihkan sistem penghadaman, membasmi kuman dan menyuburkan permukaan usus yang tertekan selain mengekalkan keseimbangan penghadaman yang sihat dan peratus kehadiran yis dan bakteria di dalam usus
8. Pengambilan rumpai laut dengan kadar kerap bukan sahaja membantu kesihatan organ dalaman, tetapi juga boleh menyuburkan rambut dan kulit. Hal ini disebabkan kehadiran vitamin A di dalam rumpai laut
9. Antikanser, Kajian Harvard School of Public Health di Amerika menyatakan atas hasil kajian wanita pramenopause di Jepun/korea berpeluang tiga kali lebih kecil terkena kanser payudara dibandingkan wanita Amerika. Hal ini disebabkan pola pemakanan wanita Jepun/Korea yang selalu menambahkan rumpai laut di dalam menu harian meraka.
10. Para Ilmuwan Jepun/korea mengungkap, ekstrak rumpai laut dapat menurunkan tekanan darah pada penderita hipertensi(darah tinggi). Bagi pengidap stroke, kolestrol, kencing manis dan lain-lain penyakit kronik. Rumpai laut juga sangat berkesan merawat dan menyerap lebihan garam dalam tubuh.
11. Rumpai laut kaya dengan zat, mineral, protein dan vitamin (B, C, D, E, antioksidan) dapat mengatasi masalah kulit dan juga ekzema. Jika amalkan setiap hari boleh mengekalkan kandungan kolagen dalam badan dan menjadikan kulit lebih tegang dan halus (Hardiyanti Nirwan Ben - Penganalisis Saintifik & Pembagunan Perniagaan TPM Biotech)
12. Rumpai laut adalah bahan organik, selamat digunakan dan tidak akan ada sebarang masalah jika ianya diambil setiap hari dan dalam jangkamasa yang lama (Prof Madya Dr Suhaimi Yasir).
KHASIAT DAN JENIS RUMPAI LAUT

Rumpai laut terkenal sebagai salah satu “superfood orang timur” kerana sifat alkalinenya yang kuat, juga mengandungi kandungan protein yang tinggi disamping beberapa mikronutrien penting, ciri-ciri yang mana mirip seperti bayam.
Secara amnya, rumpai laut(seaweed) ada berbagai jenis dan spesies (dipecahkan
kepada 3 jenis iaitu algae hijau, algae perang, dan algae merah). Ia
tumbuh di kawasan air masin (laut) dan tertumpu pada kawasan yang cetek
agar dapat menerima cahaya matahari yang cukup untuk menjalani proses
fotosintesis. Memandangkan ia kekurangan sifat seperti tumbuhan yang
lengkap (bersifat ringkas), ia memerlukan “sokongan” struktur untuk
berpaut dan tumbuh. Itulah sebabnya Rumpai Laut(seaweed) seringkali dilihat
tumbuh di kawasan laut yang cetek dan berbatu.
JENIS
Species : Euchema Cottoni / Tambalang (KUNING)
Origin : Semporna (Sabah)
Dryness : 70-75% dried (export standard)
Grade : AA
Drying Method : Sun Dry
Species : Euchema Cottoni / Tambalang (UNGU)
Origin : Semporna (Sabah)
Dryness : 70 - 75% dried
Grade : AAA
Drying Method : Wind Dry / Pengeringan Menggunakan Angin
Species : Euchema Cottoni (HIJAU)
Origin : Semporna (Sabah)
Drrness : 70 - 75% dried
Grade : AAAA
Drying Method : Sun Dry
Rumpai laut jenis hijau adalah peringkat
kedua pertumbuhan rumpai laut jenis ungu, ia lebih lama ditanam
berbanding jenis lain maka kandungan khasiat rumpai laut jenis hijau
adalah lebih tinggi berbanding yang lain. Namun rumpai laut jenis hijau
sukar untuk diperolehi kerana jangkamasa penanamannya yang agak lama. Antioksida klorofil pada rumpai laut hijau berfungsi
sebagai antioksida. Zat ini membantu membersihkan tubuh dari reaksi
radikal bebas yang sangat berbahaya bagi tubuh.
PERBEZAAN RUMPAI LAUT MENGIKUT GRED
GRED AA(KUNING)
1. Diproses secara stim(melalui 3 proses)
2. Kandungan antioksidannya agak kurang
3. Kurang garam disebabkan proses penstiman
4. Sangat baik untuk kulit, sesuai untuk kosmetik dan anti penuaan
GRED AAA(UNGU)
1. Diproses secara semulajadi(dijemur dengan panas matahari)
2. Hanya melalui satu proses sahaja, oleh itu masih berbau
3. Khasiatnya lebih tinggi
4. Mengandungi garam
5. Kandungan antioksidannya tinggi
6. Sesuai untuk mencegah penyakit kronik, untuk tujuan kecantikkan dan anti penuaan
GRED AAAA(HIJAU)
1. Amat berkualiti berbanding gred yang lain
2. Mengandungi antioksidan yang sangat tinggi
3. Kurang bau
4. Mampu merawat penyakit kronik dan untuk tujuan kecantikkan
5. Mengandungi klorofil yang tinggi
6. Sukar diperoleh dan sangat terhad
NILAI-NILAI NUTRISI
KALSIUM : 37 kali ganda lebih tinggi daripada hati ikan.
ANTIOKSIDA : 550 lebih kuat dari vitamin c.
VITAMIN A : 40 kali lebih hebat dari Beta Carotine atau 638 kali lebih hebat dari daging lembu.
PROTEIN : 21 kali lebih banyak dari susu.
OMEGA 3 & OMEGA 6 : 2326 kali lebih banyak dari ikan.
Rumpai laut mempunyai kandungan iodine yang tinggi, berfungsi untuk menghalang tubuh manusia menyerap logam berat yang berbahaya seperti plumbum, yang boleh mengakibatkan kanser darah dan kanser tulang. Ia turut memiliki banyak vitamin dan mineral penting untuk tubuh seperti kalsium, magnesium, potasium, Vitamin B6, B12, C, A, omega 3 dan antioksidan. Kandungan serat yang tinggi juga memudahkan penghadaman dan dapat membantu pengguna mengatasi masalah sembelit/buasir.
- Melaraskan berat badan dan menstabilkan hormon
- Meningkatkan sistem imun dan metabolisme badan
- Memejalkan payudara, otot dan punggung
- Menyihatkan rambut dan kuku
- Menguatkan sistem abdomen dan memelihara kalenjar tiroid
- Mengurangi penuaan pramatang seperti kedutan dan kulit kendur
- Mengurangi selulit
- Memberi tenaga
- Melancarkan peredaran darah, mengurangi sakit bahu dan belakang
- Menguatkan tulang dan sendi, menjauhi artritis dan osteoporosis
- Meningkatkan sel rawan, ligamen dan otot
- Merawat penyakit gout
- Mencegah kanser/tumor
- Menurunkan tekanan darah tinggi
- Meningkatkan fungsi penghadaman/pencernaan, merawat gastrik
- Anti bakteria/kulat
- Merawat anemia
- Menurunkan tahap kolesterol dalam tubuh
- Memelihara usus kecil (mengelakkan sembelit/buasir)
- Melicin, menegang, dan menghaluskan kulit
- Mempercepatkan pengecutan jerawat dan menghapuskan parut
- Merangsang penghasilan sel-sel baru kulit, menyembuhkan luka
- Menstabilkan kandungan gula dalam darah (kencing manis)
- Membersihkan tubuh dari reaksi radikal bebas
- Memberikan rasa kekenyangan (diet)
- Menyerap lebihan garam dalam tubuh (lumpuh)
KESAN TINDAKBALAS / KRISIS PEMULIHAN (Healing Crisis)
Krisis
pemulihan adalah satu proses dimana badan seseorang melalui jangkamasa
pembersihan dan pembinaan semula. Sebagai sebahagian daripada proses
pemulihan, badan seseorang akan mula menyingkirkan sisa toksik yang
telah lama terkumpul di dalam badan selama bertahun-tahun.
Semasa proses penyingkiran toksik, badan akan mengalami gejala atau tanda-tanda ketidakselesaan dan inilah yang dinamakan krisis pemulihan. Proses pemulihan yang sebenar perlu sentiasa didahului dengan krisis pemulihan.
Mengapa terjadinya proses pemulihan? Menurut Profesor Yosio Niwa (pakar nutrisi molekul), seorang pakar dalam nutrisi molekul, apabila
seseorang mengambil makanan tambahan ke dalam diet, nutrien akan
bertindakbalas dengan oksigen di dalam tubuh. Tindakbalas ini sebenarnya
mengalakkan dan merangsang organ badan supaya bekerja
lebih kuat untuk melakukan pembersihan, penghapusan, menggantikan tisu
yang lama dengan yang baru, pengimbangan dan sebagainya.
1. Wanita, lelaki, ibu mengandung, warga emas dan kanak-kanak berumur 2 tahun ke atas
JANGKAMASA PROSES PENYEMBUHAN
Proses ini berlaku hanyalah diawal pengambilan sahaja (anggaran antara 1 - 2 minggu) bergantung pada tubuh badan seseorang tetapi ada juga individu langsung tidak melalui proses ini.
Kesan tindakbalas pemulihan seperti berikut mungkin akan dirasai oleh pengguna :
- Mengantuk
- Sedikit keletihan
- Sakit kepala
- Selsema dan batuk berkahak
- Rasa sakit di tempat-tempat tertentu (selalunya organ
yang pernah bermasalah dan mengalami masalah)
- Gatal mata, hidung berair dan berhingus
Ini terjadi disebabkan tindakbalas positif dan hanyalah bersifat sementara. Teruskan pengambilannya dan jangan berhenti.
SIAPA YANG BOLEH MAKAN RUMPAI LAUT
1. Wanita, lelaki, ibu mengandung, warga emas dan kanak-kanak berumur 2 tahun ke atas
2. Ibu mengandung untuk kulit bayi jadi cantik, putih dan halus (untuk
kandungan 4 bulan ke atas). Ibu akan rasa bertenaga dan tidak mudah letih
3. Ibu yang menyusukan bayi boleh makan tapi tidak boleh lebih 5 gram sehari kerana kandungan iron adalah tinggi. Makan 1 sudu besar sekali sehari sahaja.
4. Wanita selepas bersalin/berpantang tidak digalakkan makan sehingga selepas 3 bulan kerana ia bersifat sejuk
MAKLUMAT TAMBAHAN MENGENAI RUMPAI LAUT
Rumpai laut telah menjadi makanan pilihan kepada kebanyakkan orang dewasa ini. Ia bukan sahaja makanan yang penuh khasiat tetapi juga mudah disediakan dengan pelbagai jenis cara penyediaan makanan mengikut selera dan citarasa orang-orang pada masa kini.
Rumpai Laut adalah sejenis tumbuhan yang hidup dalam air masin dalam laut di kawasan
yang mempunyai kesesuaian persekitaran semulajadi. Terdapat
beratus-ratus spesis rumpai laut didalam laut dari yang jenis rumpai laut
di kawasan bersuhu sejuk atau panas, kawasan air cetek atau laut dalam
dengan berbagai warna dan bentuk. Malaysia antara negara yang mempunyai
kawasan sesuai untuk tumbuhan rumpai laut terutama perairan di Sabah.
Eucheuma adalah sejenis spesis rumpai laut yang tumbuh liar dalam kelompok yang banyak terutamanya di negeri Sabah, Malaysia Timur. Ianya bleh didapati tumbuh dalam air yang tenang atau medium air yang bergerak perlahan. Kajian saintifik menunjukkan Eucheuma mengandungi bahan berguna yang boleh digunakan dalam proses asas bio-kemikal dan bio-teknologi. Teknologi memelihara dan membangunkan rumpai ini masih dibangunkan lagi untuk mendapatkan hasil yang tinggi dan kualiti yang terbaik.
Antara jenis-jenis Rumpai Laut yang sesuai di komersialkan adalah seperti Eucheuma cottonni (Kiri) dan Euchuemaspinosunm (Kanan)
iaitu dua jenis rumpai laut yang lazim ditanam pada masa kini di
Malaysia dan kawasan di Asia Tenggara. Perbezaan antara kedua-dua jenis
ini ialah Eucheuma spinosum mempunyai dahan yang seakan-akan berduri manakala Eucheuma cottonni
tidak mempunyai dahan berduri. Rumpai laut adalah salah satu tumbuhan
yang bernilai tinggi di bawah air laut atau beberapa kawasan sungai di
dunia. Ianya adalah tumbuhan yang menarik dan berlainan dari jenis-jenis
tumbuhan di laut.
Rumpai laut adalah sayur laut yang mengandungi kekayaan unsur makanan berkhasiat (nutrients).
Kita boleh mendapatkan zat ini dalam sayuran atau rumpai laut ini.
Rumpai laut telah dibuat makanan dan pelbagai guna beribu tahun dan pada
masakini boleh diternakkan secara komersil dan besar-besaran. Sayur
laut ini adalah sejenis rumpai yang hidup di dalam laut yang sesuai
dengan tiada pencemaran. Rumpai ini boleh menghasilkan pelbagai produk
dari sebatian bioaktif (Bioactive compounds) untuk digunakan dalam perubatan, kosmetik dan juga dalam makanan sebagai pengimbang makanan (stabilizer), bahan pengawet (preservatives) dan agar-agar.
Rumpai
laut mula-mula dijumpai kerana nilai kesihatan dan gizi yang diperolehi
pada 2000 tahun dahulu. Rumpai laut juga dikenali sebagai rumpai garam
sejak zaman dahulu. Akibat bentuknya menyerupai terumbu karang maka
orang Cina memanggilnya sebagai “Shanhu Cao”. Orang Jepun pernah
menggunakan rumpai laut sebagai penghargaan yang dikhaskan kepada
Maharaja Cina sebagai makanan berkhasiat. Rumpui laut boleh ditemui di
sayur-sayuran tetapi selebihnya 64 jenis mineral hanya boleh diperolehi
di dalam rumpai laut. Ia sangat kaya dengan protein kolagen, kalsium,
besi, magnesium, kalium, fosforus, selenium, dan mineral lain Omega-3
dan 6, yang sangat penting untuk perkembangan mental dan fungsi dalam
tumbesaran anak-anak. Menurut laporan perubatan adalah sesuai untuk
menambah mineral untuk mengaktifkan anti pengoksidaan enzim,
meningkatkan fungsi detoksifikasi hati, untuk menghilangkan radikal
bebas dan penghapusan racun dari tubuh melalui sistem menyahtoksik.
Nilai rumpai laut jauh lebih baik daripada sarang burung, sirip yu dan yam. Lendir dalam rumpai laut adalah 10 kali ganda khasiat sarang burung dan sirip yu, kalsiumnya adalah 37 kali lebih baik dari hati ikan. Nilai PH rumpai laut adalah 7.6 – adalah sangat tinggi serat makanan beralkali. Oleh sebab itulah ia sangai kaya dengan nilai gizi makanan yang sangat baik, sesuai untuk vegetarian dan orang tua yang memerlukan suplemen gizi. Ia juga dapat menguatkan sistem imunisasi tubuh dan fungsi hati, usus saluran tubuh dan perut dibersihkan, berat badan yang ideal, perut bahagian bawah dan punggung akan secara signifikan lebih kecil. Rumpai laut kaya dengan zat besi dan kalsium. Ia juga mengandungi keperluan dalam tubuh manusia seperti asid amino protein. Protein kolagen dapat meningkatkan kekurangan air pada kulit, mengencangkan dan menjadikan kulit lebih muda, menghilangkan “wrinkles”, mencegah bekas luka yang rosak seperti jerawat, “dark sports”, bintik-bintik, jerawat, kulit sensitif. Ia memiliki pembaikan yang signifikan dan meningkatkan peranan suplemen kolagen yang tepat. Suplemen protein kolagen yang tepat menguatkan otot dan sendi, mengurangkan sakit sendi dan tulang belakang, diserap ke akar rambut, memperbaiki rambut putih, rambut gugur dan rambut yang mulai menipis dan penuaan.
Daerah Semporna berada pada kedudukan strategik 'ladang' penanaman terbaik rumpai laut (seaweed) di dunia. Ia berkongsi plat lautan dengan Selatan Filipina dan Utara Sulawesi. Kawasan ini sejak dahulu lagi merupakan tempat pembiakan pelbagai spesis karang-laut, rumpai laut, plakton dan pelbagai jenis ikan yang berwarna-warni. Secara semulajadi, ikan-ikan dan makanan laut disini bersaiz besar, segar dan tidak pernah berkurangan. Kunci kepada semua ini adalah kejernihan air laut yang mempunyai nutrien yang tinggi. Atas sebab-sebab ini, maka tidak hairanlah Semporna merupakan pusat penanaman rumpai laut terbesar di Malaysia.
Penanaman rumpai laut di Semporna dimulakan sejak 1970-an lagi. Ladang demonstrasi telah diwujudkan di Pulau Sebangkat pada tahun 1980. Penanaman rumpai laut merupakan alternatif kepada indusrtri perikanan di Semporna. Ramai nelayan dan pengusaha telah mula beralih kepada projek ini. Kini terdapat lebih 10 ladang besar di perairan Semporna.
Rumpai laut yang diusahakan adalah dari jenis 'Euchema cottonii' dan ia memberikan pulangan yang lumayan. Selain disokong oleh pihak berkuasa perikanan Sabah, kerajaan Malaysia juga telah mengisytiharkan yang industri rumpai laut sebagai 'berimpak tinggi' dalam Rancangan Malaysia Ke-Sembilan.