SOALAN LAZIM


SOALAN


SOALAN : Kalau orang mengandung boleh makan tak PMC ni? Tak ada effect ke?
JAWAPAN :
Boleh. Sangat-sangat digalakkan lagi mengambil PMC untuk dapatkan nutrisi tambahan sambil menyihatkan badan dan mencantikkan diri. Malahan ia akan mencantikkan kulit bayi anda.

 

SOALAN : Ibu yang tengah menyusukan anak boleh makan tak?  
JAWAPAN : Ibu-ibu yang mengandung atau menyusukan mempunyai keperluan yang lebih tinggi bagi iodin sebagai mereka mesti membekalkan kedua-dua mereka sendiri dan anak-anak mereka. Linus Pauling Institute mengesyorkan 220 mcg iodin setiap hari semasa mengandung dan 290 mcg sehari semasa penyusuan. Jumlah ini mungkin berbeza bergantung kepada kesihatan anda dan kesihatan anak anda. Pembekal penjagaan kesihatan anda boleh menyediakan anda dengan cadangan tertentu. Boleh ambil 1 sudu besar, 2 kali sehari.


SOALAN : Saya sekarang mengandung dan tengah makan PMC tetapi muka saya masih berjerawat. Kenapa ya?
JAWAPAN : Ada 2 kemungkinan, pertama
kemungkinanan badan anda tengah mengeluarkan toksin kerana salah satu kesan penggunaan PMC adalah mennyah toksikkan badan. Kedua, kemungkinan badan anda tidak memberi tindak balas terhadap PMC tetapi menyerapan PMC anda disalurkan pada bayi anda. Kekadang apa yg Si Ibu makan hasilnya tidak pada si ibu tetapi pada si Anak yang dikandung.


SOALAN : Saya dalam masa MENOPAUSE, adakah selamat untuk saya makan PMC ini?
JAWAPAN : Iya, selamat dan disarankan untuk memakan PMC ini kerana PMC ini menstabilkan hormon bagi masalah yang di alami oleh sesetengah wanita yang tengah menopause.


SOALAN : Kalau kanak-kanak boleh makan tak?
JAWAPAN : Kanak-kanak antara umur 1 hingga 14 memerlukan iodin kurang daripada bayi atau dewasa. Antara umur 1 hingga 8, kanak-kanak memerlukan 90 mcg iodin setiap hari untuk kekal sihat. Kanak-kanak antara 9 hingga 14 memerlukan 120 mcg sehari. Bayi memerlukan tahap yang lebih tinggi iodin, walaupun mereka dengan mudah akan mendapatkan ini dari susu ibu, dengan mengandaikan ibu tidak kekurangan. Bayi memerlukan 110 mcg sehari antara kelahiran dan 6 bulan umur. Bayi antara 6 hingga 12 bulan memerlukan 130 mcg setiap hari.


SOALAN : Saya dapati PMC boleh menghilangkan masalah KEPUTIHAN? Bagaimana?
JAWAPAN : Itu adalah benar. PMC bersifat sebagai ANTIKUMAN dan ANTIBAKTERIA dimana ia memnyah toksid badan dan menghilangkan semua masalah keputihan
.


SOALAN : Adakah khasiatnya bertukar sekiranya PMC dimakan atau diminum dengan bahan lain?
JAWAPAN : Tidak. khasiat di dalam PMC tidak boleh bertukar dengan sekadar campuran lain. Ia hanya boleh ditukar dengan haba yang sangat tinggi kerana ia bersifat PROTEIN.


SOALAN : Apa beza PMC UNGU dengan PMC warna PUTIH?
JAWAPAN : Khasiat pada PMC ungu dan putih adalah sama kecuali PMC UNGU memiliki tinggi kandungan ANTIOKSIDA nya. Dimana ia bertindak sebagai agen penghalang radikal seperti pencemaran, habuk, asap rokok dan sebagainya. Ia juga bertindak sebagai agen awet muda.  


SOALAN : Yang mana satu betul bagi kuantiti air untuk rebus PMC? Lain penjual saya tengok lain kuantiti air yang disarankan untuk rebus PMC.
JAWAPAN : Bagi saya semuanya betul. Rebuslah PMC mengikut kekentalan yang kamu ingin kan. Ada pengguna lebih suka tebal PMC, jadi kurangkan kuantiti airnya. Ada pengguna lebih suka cair, jadi lebihkan kuantiti air semasa rebus PMC. Disyorkan untuk 100 gram PMC, gunakan sebanyak 2.5 liter air kosong.


SOALAN : PMC ini ada kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia ? Atau ada tanda Halal?
JAWAPAN : Bagi saya PMC ini tidak perlu ada tanda halal atau kelulusan KKM. Seperti mana anda beli ikan masin kering, iya masih bahan mentah yang tidak perlu kelulusan KKM atau tanda halal sebab anda tahu ia halal dan untuk pastikan ia bersih anda perlu
cuci sebersih-bersihnya untuk makan PMC.


SOALAN : Apa beza Pure Marine Collagen @ Rumpai Laut yg dijual ini dengan Kolagen yang banyak dipasaran.
JAWAPAN : Pure Marine Collagen yang dijual ini dalam bentuk bahan mentah, maksudnya ia adalah asli tanpa sebarang bahan kosmetik yang banyak bahan campuran seperti bahan perisa dan pewarna.


SOALAN : Saya telah makan PMC gred AAA selama 3 hari, tetapi buah dada saya dan Miss V saya berdenyut- denyut adakah ia normal?
JAWAPAN : Iya, ia adalah normal. Setiap orang mempunyai sistem penerimaan badan yang berlainan. Anda mendapat kesan pada menaikkan buah dada dan mengetatkan miss V. Sesetengah orang pada kecantikkan atau kesihatan.


SOALAN : Apa benda yang warna putih-putih tu? Macam kulat aje?
JAWAPAN : Jangan risau. Benda tu bukan kulat ataupun fungus. Rumpai laut mentah gred AAA yang dijemur matahari dan gred AA yang distim susah nak berkulat kerana ia diawet secara semulajadi oleh garam laut. Bau kulat pun anda kenal bukan, bau roti yang berkulat tu kan lain. Bau pure marine kolagen ni kan wangi untuk saya yang dah biasa, bagi anda mungkin hanyir.
Sebenarnya komposisi rumpai laut yang kering pun masih ada air. Bila rumpai laut mengering, hablur-hablur garam laut mikro akan tersejat keluar dan akan muncul di permukaan rumpai laut. Jika dibiarkan lama, ia akan bertukar menjadi bentuk kristal warna putih yang cantik. Makin lama makin putih dan cantik. Jika dikikis, anda akan nampak struktur rumpai laut tidak terjejas. Lain pula dengan kulat, ia akan bercambah dan memakan hos menjadi reput hitam.
Oleh itu anda hanya perlu basuh mengikut cara penyediaan kami untuk menghilangkan hablur garam putih tersebut.


SOALAN : Betul ke seaweed collagen ni ubat kurus?
JAWAPAN : Pure marine collagen bukan ubat tetapi diet pemakanan yang baik untuk anda yang nak kurus. Kandungan serat adalah tinggi dalam rumpai laut eucheuma cottonii. Untuk pengetahuan anda, serat adalah sejenis mineral yang tidak mudah dicerna/dihadam dan diserap oleh tubuh. Serat ni hampir sama seperti karbohidrat yang mampu memberikan tenaga pada badan, namun serat lebih rendah kalori, sesuai untuk orang yang diet.

Menurut pakar nutrisi Michelle Pfennighaus...


Serat menurunkan penyerapan gula dalam darah sehingga kadar gula seimbang dan mencegah penyakit diabetes type-2. Serat membantu anda menahan rasa lapar dengan membuatkan anda rasa kenyang sepanjang hari. Oleh itu, ia mengawal nafsu untuk makan dengan banyak ataupun bertambah.
Jadi jom kita makan pure marine collagen sebagai diet pemakanan yang wajib. Kalau di bulan ramadhan, ia makanan yang paling sesuai selepas bersahur supaya kita kenyang sepanjang hari.

SOALAN : Betul ke seaweed collagen boleh sembuhkan luka dan ada anti-oksida?
JAWAPAN : Ya, ada banyak penyelidikkan saintifik dilakukan diluar negara dan di UPM sendiri, sila rujuk dokumen thesis:
http://psasir.upm.edu.my/12008/1/FSTM_2009_31_A.pdf 


SOALAN : Betul ke seaweed collagen boleh sembuhkan/elakkan penyakit kanser?
JAWAPAN : Ya, satu penyelidikan saintifik telah dilakukan ke atas rumpai laut spesis eucheuma cottonii dan kesan atas kanser payudara. Sila rujuk:
http://www.sciencedirect.com/science/article/pii/S0308814611010156



SOALAN : Tidak ada kesan sampingan yang memudaratkan ke?
JAWAPAN : Tidak ada, kerana banyak penyelidikkan telah dilakukan ke atas spesis eucheuma cottonii ini. Memang kerajaan Malaysia baru hendak push produk ini sekarang tetapi negara-negara lain seperti Indonesia dan Filipina sudah lama menjadikan ia satu industri. Bukan itu sahaja, anda tahu yang ia adalah produk organik, diternak tanpa racun dan baja. Malah seaweed collagen ini tidak perlu bahan pengawet, bahan pewarna ataupun bahan perisa. Jadi anda boleh makan dengan tenang hati kerana ia sememangnya selamat.



SOALAN : Saya rasa badan panas macam nak demam, sedikit pening kepala dan dahaga sangat masa mula-mula makan. Kenapa?
JAWAPAN : Seaweed Collagen sedang memperbetulkan keseluruhan sistem badan anda yang sudah tidak seimbang. Sila minum air kosong dengan banyak untuk mengelakkan sistem badan anda terkejut. Bila anda buang air kecil ataupun besar, segala toksik akan dibuang daripada badan.



SOALAN : Kalau tiada kesan sampingan, kenapa saya sakit perut, cirit-birit dan sakit kepala setelah makan?
JAWAPAN : Kerana anda terlebih makan seaweed collagen. Janganlah ghairah sangat nak cepat cantik ataupun kurus sampai makan banyak-banyak sekaligus. Macam apa jua ubat atau suplemen, jangan ambil dos berlebihan. Cukup sekadar makan satu sudu kecil pagi dan malam jika dimasak ikut resepi kami. Anda boleh kurangkan ataupun lebihkan dos mengikut kesesuaian badan. Satu sudu teh boleh naik ke dua sudu teh ataupun satu sudu besar. Petuanya makan dengan disiplin, jangan ponteng dan berterusan.



SOALAN : Tidak ada bahan pengawet? Jadi bila tarikh lupus?
JAWAPAN : Percayalah yang seaweed collagen sememangnya tidak memerlukan pengawet. Ia diawet secara semulajadi oleh garam laut macam ikan masin, ikan bilis dan udang kering. Tidak ada tarikh lupus untuk produk ini, tetapi sebaik-baiknya anda terus guna apabila beli. Tak usah simpan lama-lama, dikhuatiri khasiatnya akan hilang kerana sifat kolagen itu sendiri. Tetapi kami menerima banyak maklumbalas yang seaweed collagen boleh bertahan lebih setahun jika disimpan dengan elok.



SOALAN : Kenapa saya beli sebelum ini daripada penjual lain, bila masak jadi jeli pun simpan 2-3 hari dah rosak, basi atau berkulat?
JAWAPAN : Setakat ini belum pernah kami menerima apa-apa aduan daripada pelanggan kami yang seaweed collagen kami rosak, basi ataupun berkulat. Sememangnya terbukti produk kami gred premium rumpai laut terpilih bersih dan suci. Kami rasa pembekal/pengedar/penjual/agen tersebut menjual stok lama kepada anda.
Kalau dah masak pun boleh berkulat mungkin kerana rumpai laut tidak dibersihkan dengan betul sebelum masak, kualiti air rumah anda kotor (sila guna air tapisan ataupun reverse osmosis), tidak disimpan dalam peti sejuk dengan betul (bekas bertutup) ataupun tidak pakai sudu yang bersih bila scoop jeli seaweed collagen untuk makan.



SOALAN : Kenapa tak makan gamat sahaja?
JAWAPAN : Ini soalan cepu emas. Sumber gamat sudah lama pupus di Langkawi semenjak tahun 2006 kerana pencemaran dan tiada kawalan harvesting daripada laut di persekitaran pulau-pulau. Kerajaan kita baru mula nak memperbaiki masalah ini pada tahun 2011 tapi tidak tahu lagi apa hasilnya. Sekarang semua kilang gamat di Malaysia pakai sumber import sahaja. Pasal tu harga pun dah mahal dan kualiti gamat dah tak bagus macam dulu-dulu.
Tetapi masalah utama gamat adalah kandungan steroid dalam gamat. Sumber kolagen daripada rumpai laut eucheuma cottonii adalah 100% bebas steroid jadi amat sesuai dimakan oleh kaum wanita dan kanak-kanak. Ia juga tidak akan pupus kerana nelayan menggunakan teknologi terkini untuk menternak rumpai laut dan bukan direct harvest daripada batu karang.



SOALAN : Kenapa orang panggil Sarang Burung Laut?
JAWAPAN : Ya, mana ada burung bersarang di laut. Macam ni, orang cina pun makan seaweed collagen. Cuma nama panggilan je yang lain. Tabib-tabib cina panggil San Hu Cao atau direct translation ke bahasa inggeris sea birdnest. Nama tersebut dipilih kerana kandungan khasiatnya sama macam sarang burung (tapi lebih 10 kali ganda bagus) dan sumbernya adalah daripada laut.
Pengambilan ginseng yang bersifat panas akan diseimbangkan dengan rumpai laut yang bersifat sejuk. Jadi bila orang cina alih bahasa sea birdnest ke bahasa melayu jadilah namanya sarang burung laut.



SOALAN : Adakah ia vegetarian?
JAWAPAN : Ya.